Saya bersembang dengan seorang kawan, lalu dia bercerita mengenai 'bisnes cookies' yang slow jualannya.

Kemudian..

Saya cerita lah kisah saya beberapa tahun yang lepas. Saya menjual cookies. Betapa struggle masa tu, saya tak fokus secara 0nline sahaja.

Struggle untuk keselesaan hidup 


Offline pun saya buat. Dengan masih mempunyai baby yang berusia 4 bulan ketika itu. Struggle betul kehidupan saya pada waktu itu. Walhal saya mempunyai suami. Cuma saya inginkan keselesaan hidup. Itu sebab saya bertindak.  Saya masuk semua kedai runcit, dan kedai makan.Saya minta kebenaran owner kedai untuk tumpang letak cookies saya. Saya berikan sample juga untuk owner rasa.

Order berderu-deru masuk masa tu. Alhamdulillah..

Muka ni memang dah takde perasaan malu lagi masa tu.

Sambil-sambil itu juga saya buat jualan roti dari rumah. Meletup jualan, 3 kilo tepung sehari saya jual roti. 0rder dari jiran taman dan juga mak-mak di sekolah anak saya.

Kesimpulannya, takde yang tak laku zaman sekarang ni. Semuanya dari diri kita sendiri.

Minda kita, kita yang kawal.
Jadi, begitulah results yang dapat.

"Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya"


Kemudian saya bercerita lagi, sampai ke saat ini apapun bisnes saya buat saya akan buat sebaiknya. Begitulah prinsip saya, tiada jemu untuk berjaya. Kini saya sudah tidak menjual roti lagi disebabkan baby saya pernah melecur terkena oven panas. Disebabkan hal tersebut saya berhenti menjual produk makanan.


Dan saya mencari jalan lain untuk meneruskan kehidupan yang selesa demi anak-anak dan keluarga. Kini saya serius dalam bidang penulisan sebagai ghostwriter. Mengambil upah menulis bagi pihak pelanggan. 


allah bertindak mengikut sangkaan hambanya

Post a Comment

Previous Post Next Post