7 Cara jadi POSITIF seawal pagi | Nak kekalkan mood positif seharian bukanlah mudah. Sebagai manusia adakalanya mood mudah turun naik. Tetapi bila dah spoil mood agak sukar untuk kembalikan ke mood positif. Artikel ini saya kongsikan kepada anda semua supaya belajar kekalkan momentum positif dalam seharian. Dengan 7 cara jadi POSITIF seawal pagi.


1. Bangun awal pagi.


Ini salah satu cara aktifkan mood positif. Bangkit dari tempat tidur dan terus mandi bersihkan diri. Jangan sentuh smartphone lagi..


2. Siapkan Diri 


Wangikan diri anda. Bila kita wangi, secara tak langsung dapat bangkitkan mood positif. Tak kisah lah anda suri rumah sekalipun tetap perlu wangi. 


3. Perdengarkan Alunan zikir-zikir nama allah


Sangat bagus boost energi positif. Yang membuatkan kita selalu memiliki sifat malas dan negatif berpunca daripada hasutan 'si bertanduk' . INGAT! Berzikir, bertahmid, membaca al-quran adalah makanan rohani kita.


4. Jangan Scroll Timeline


Masalah juga bila kita memiliki sifat suka scroll timeline social media ni. Bukan tak boleh nak scroll, cuma scroll waktu petang ke apa kan? Kadang kala ada friendlist yang suka kongsikan topik yang boleh mendatangkan pergaduhan dan seumpamanya.
Secara tak langsung, mood kita boleh berjangkit sama. Huuu bahaya kan? Rosak mood.


5. Jangan Banyak Bersembang


Bukan lah jadi orang sombong maksudnya. Cuma jangan suka sangat bersembang yang tidak tentu hala. Kebanyakan terlebih bersembang akan banyak menjadikan kita lalai. Bila dah lalai, kita semua dalam satu kerugian. Banyak terlepas perkara dan waktu yang baik.
Daripada asyik bersembang baiklah kita perbaiki diri. Cari solusi untuk perbaiki diri untuk masa depan.

 
6. Cari Circle Positif


Cari lah circle positif. Bila kita duduk dalam circle positif, energi positif insyallah boleh berjangkit kepada kita. Insyallah begitu juga sebaliknya.
Cari kawan-kawan yang baik, yang banyak memberi sokongan. Kita follow rentak mereka. Supaya kita akan menjadi seperti mereka kelak. 


7. Dhuha


Ramai yang salah faham. Ramai yang terpesong. Melakukan solat dhuha bukan hanya semata untuk meminta rezeki kaya dan berjaya. Sebaliknya mintalah diberi kesihatan yang baik. Dengan diberi kesihatan yang baik , kita dapat mencari rezeki dengan lebih fokus! 


Berikut merupakan 7 cara kekalkan Momentum supaya kekal positif seawal pagi.
Mari sama-sama kita amalkan dan jadikan ia amalan dalam kehidupan harian.

 


 

 

 

Post a Comment

Previous Post Next Post