Ini Cara Menangani WRITER BLOCK | WRITER Block adalah satu keadaan dimana seseorang tidak mempunyai idea atau ilham untuk meneruskan untuk kerja-kerja  menulis. Saya percaya , semua manusia di muka bumi ini pernah diserang dengan 'Writer Block.'
 



writer block dan penulis, 7 tip writer block

Ini cara Tangani Writer Block dengan Tenang dan santai tanpa membebankan Fikiran

 

 
 
1. PERDENGARKAN ALUNAN ZIKIR-ZIKIR SERTA BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN 
 
[ Zikir ni kan penyejuk hati, melapangkan minda .. bila dah lapang, baru idea datang mengalir laju untuk menulis ]
 
2. JANGAN PAKSA UNTUK TERUS MENULIS
 
Saya BERHENTI sekejap menulis. Saya bermain dengan anak-anak.. layan anak-anak sebentar. 
 
3. MAKAN 
 
Bila perut kenyang, baru selesa nak menulis. Haha .. Tapi jika perut lapar, memang tidak boleh FOKUS menulis! Jangan terlalu kenyang. Nanti HILANG FOKUS untuk menulis.
 
Cadangan saya adalah dengan memakan kekacang dan juga kismis serta makanan sunnah yang lain. Selain mampu mengalas perut, ia juga dapat bantu mendatangkan idea ketika writer block.
 
4. MANDI 
 
Bersihkan badan. Idea untuk menulis memang banyak datang semasa di bilik mandi. Badan pun Fresh.
 
Ambil masa , duduk di bawah shower seketika dan insyallah. Idea datang seperti air ketika ini.
 
5.TIDUR 

Hanya perlu tidur sekejap. Cas mata dan tenaga. Dipanggil sebagai power nap.
Seterusnya minda jadi cergas. 
 
6.  MELIHAT SEKELILING

Keluar beriadah juga mampu mendatangkan idea untuk menulis. Kalian cuba menghayati alam dan sekeliling. Banyak idea baru akan muncul apabila anda lakukan ini.
 
7. MEMBACA BUKU
 
Seterusnya yang terakhir menangani writer block adalah dengan membaca  buku. Iya, dengan membaca buku, minda akan diaktifkan secara tidak langsung. Minda yang kekeringan IDEA , sudah pasti dapat mengembangkan idea dengan penggunaan tatabahasa dan struktur ayat yang cantik.


Berikut ini lah 7 Cara Tangani Writer Block dengan tenang dan santai tanpa membebankan fikiran sebagai seorang penulis. Semoga 7 tip writer block ini dapat membantu kalian.



Post a Comment

Previous Post Next Post