ANEKDOT adalah salah satu cerita ringkas yang kelakar dan melucukan. Kisah spontan yang berlaku disekelilingi kita secara tanpa dirancang.

 

 

Anekdot lucu



[ PERASAN SANGAT ]


Cerita awal pagi tadi..
Situasi : Berada di meja makan.


Saya dan suami sedang enak menjamu selera. Hanya nasi goreng , air teh O panas, dan kuih muih yang dibeli dari gerai depan rumah.


Tengah berselera saya menjamu selera, nasi goreng simple.. cukup sekadar mempunyai bahan ramuan seperti telur dihancurkan bersama cili kering. Rasanya yang sedikit pedas. 


Lalu, suami membuka wallet..


Saya waktu ini, hati sudah berbunga-bunga. Lalalalala~ konon, dalam hati bermonolog "Yay, syukur suami tambah lagi elaun"..


Suami menghulurkan not 2 keping, tiap satunya bernilai RM 50.
Saya sambut dengan tersengih .. dengan selamba berkata ,
"abang.. terima kasih. Syukur, pagi-pagi dapat duit" kata saya kepada suami.


Belum sempat saya doakan kepada suami.. suami memotong percakapanku.
"Ehhh, itu kan duit mengaji anak kita 2 orang. Tolong bayar ya,petang ni mengaji"..


Saya? Hanya mampu mengetap bibir.
Tapi tak apalah, pagi ni dapat pegang dan bau sahaja Not RM 50 2 keping..
Mana tahu, ada rezeki lain pula akan menyusul kelak .. rahsia ALLAH, kita tak tahu. 

 

 

 Kisah Anekdot : Anak-anak

 Hari ini, cuaca sangat baik. 

Cuaca cerah, panas terik .. kalau basuh karpet, mungkin boleh kering ni.


Namun bukanlah itu isunya. 

Isu nya adalah empunya dalam gambar..


Disaat anak-anak lain, sedang berlari menuju ke pintu sliding. Masing-masing dengan penuh keterujaan , maklumlah..


Pintu ini akan di buka apabila abah dia pergi kerja, menjemur pakaian atau ada tetamu yang datang sahaja . Selain dari itu, saya takkan izinkan anak-anak bermain diluar. Rumah dihadapan jalan utama. Pelbagai kemungkinan menanti.. 


Berbalik dari cerita diatas..


Sedang 3 anak saya berlari menuju ke pintu. Maka, si kecil Ahmad Yusuf yang kini berusia 9 bulan... turut teruja.


Saya tak pasti lah speed berapa yang digunakan. Hahaha.. seperti ada acara lumba lari barangkali. 


Dia hanya mengengsot. Saya tak kering gusi memerhatikan si kecil ni. Saya perhatikan sahaja, dan apabila Yusuf tiba di muka pintu..


Lalu saya terus menutup pintu. Menutup terus sekali dengan langsir. Settle! 


Maka, menangislah si Yusuf. Hahaha. Memang kelakar masa ni. 


Mesti Yusuf cakap dalam hati " Mama, saya baru je sampai depan pintu ni. Baru ingin menikmati pemandangan luar, dah kena kunci pintunya" 


Begitulah kisah ringkas (anekdot) yang telah berlaku dalam kehidupan saya sebagai seorang isteri dan juga ibu kepada anak 4. Iaitu 2 lelaki dan 2 orang perempuan anak saya. Semoga anekdot ringkas ini dapat menceriakan kalian.



Post a Comment

Previous Post Next Post