Kehidupan Sebagai Penulis Upahan atau Ghostwriter | Menjadi ghostwriter adalah sangat seronok, jika kalian memang minat dan cintakan dunia penulisan. Ghostwriter adalah penulis upahan yang menerima bayaran daripada seseorang yang mengupah untuk menulis. Iaitu Ghostwriter menulis bagi pihak pelanggan.

Kerjaya ghostwriter adalah bebas mengikut dengan siapa yang ingin ghostwriter tersebut bekerja. Kerjaya ini bermula daripada rumah ( work from home ) . Ada Ghostwriter yang sememangnya fokus secara sepenuh masa dengan kerja menulis. Dan ada yang menjadi ghostwriter secara sambilan sahaja. 

 Walaupun ghostwriter bekerja dari rumah, hal-hal lain juga perlu dititik beratkan seperti masa, idea kreatif dan juga utiliti ( bil elektrik dan internet ) ghostwriter tersebut. 

 

 

servis menulis

 

 

Apa KERJA GHOSTWRITER :

Ghostwriter boleh menjadi seorang penulis novel, penulis buku, penulis ebook, penulis content bagi social media seperti ( facebook, Instagram dan artikel ) , penulis copywriting / storytelling, penulis buku teks, penulis company profile.

Dan ada juga prospek meminta menulis content bagi penghasilan sesuatu video pendek di Youtube dan TikTok .

Jika ingin disenaraikan tugasan ghostwriter mempunyai lebih 100 kerja-kerja menulis. 



GHOSTWRITER Bantu Orang Bisnes :


Untuk pengetahuan kalian, Ghostwriter kerjanya adalah memudahkan orang-orang bisnes yang tidak mempunyai masa dan idea untuk menulis. Ada setengah orang bisnes ingin terbitkan sebuah buku, dalam masa sama ia tidak berkemahiran dalam penulisan. Bagaimana ingin proses buku tersebut daripada satu cerita mengenai sebuah kisah jatuh bangun dalam bisnes dan ingin di jadikan senaskah buku yang boleh di jual.

Selain menulis buku. Ghostwriter juga mengambil upah menulis ebook. Ebook adalah satu buku elektronik yang mana ia mudah di akses dan juga di baca oleh sesiapa sahaja. Ia tidak memerlukan ruangan yang khusus untuk menyimpan kerana ia dalam format mudah. Ebook boleh dibaca sejurus di download melalui smartphone, laptop dan juga komputer.

Orang bisnes yang ingin meluaskan empayar bisnesnya saya syorkan kalian upah ghostwriter menulis ebook. Ia bagus bagi tujuan marketing secara amnya.

Ghostwriter juga turut membantu kerja-kerja menulis lain seperti menulis ayat iklan ( copywriting ), storytelling, update social media pelanggan, menulis surat-surat rasmi, menulis  teks ucapan , menulis skrip drama/ filem, menulis lirik lagu, company profile, translate artikel, bussiness plan, menukarkan audio kepada teks, menukarkan video kepada teks dan sebagainya. 

upah menulis artikel, servis menulis artikel




servis menulis copywriting


KENAPA perlu mengupah GHOSTWRITER untuk servis penulisan:


1. JIMAT MASA

Dengan mengupah ghostwriter, kalian boleh fokus kepada kerja-kerja lain pula. Masalah selesai.


2.  BERPENGALAMAN LUAS

Ghostwriter berpengalaman dalam kerja-kerja menulis. Lebih sistematik dan professional. Banyak pengalaman bersama client lalu. Kalian jimat, tak perlu upah pekerja tetap.


3.  FAHAM KEHENDAK PELANGGAN

Oleh sebab ghostwriter sering kali menerima tempahan kerja-kerja menulis dari pelbagai client, ghostwriter mahir dalam bidang penulisan. 

 

4. PROFESSIONAL

 Setiap kerja-kerja menulis, ghostwriter mempunyai satu perjanjian khusus antara ghostwriter dan juga pihak client.

 

5.  DATELINE

Ghostwriter mempunyai cara khusus (tempoh siap) bagi menyiapkan sesuatu kerja-kerja menulis  mengikut setiap kerja yang di berikan oleh client. Contohnya bagi menyiapkan manuskrip buku dan ebook.

 

 Akhir kata, jika kalian sedang mencari ghostwriter. Sedang mencari individu untuk menulis bagi pihak anda bagi servis penulisan,bolehlah berhubung dengan saya melalui social media di bawah :


penulis ebook, ghostwriter


UPAH PENULIS EBOOK




Facebook : Nor Azlina Mohd Ali

Page : azlinapenulisupahan

Whatsapp : wasap.my/60189107161/azlinaghostwriter

 

Post a Comment

Previous Post Next Post