Menjadi  individu yang mempunyai baik akhlaknya, bukanlah mudah. Ia melibatkan kesungguhan hati. Malahan menjadi baik, juga sangat banyak dugaan jika mental tidak kuat serta kukuh imannya. Disini, ada di kongsikan kaedah mudah lagi terbukti keberkesanannya.


Cara menjadi baik akhlaknya





5 Kaedah Menjadi Individu Yang Lebih Baik 


#1. Terapi minda adalah menulis.


Menulis apa sahaja, asalkan tidak mengajak orang untuk bergaduh , memfitnah dan mengumpat. Menulis di buku nota dan social media seperti Facebook, Twitter, Instagram dan blog. Menulis juga seperti meluahkan isi hati dan akal fikiran untuk di kongsi bersama pembaca.


#2. Manakala, terapi jiwa dengan cara mendekatkan diri dengan Allah 

Membaca Al-Quran, Solat sunat , berzikir dan berpuasa.

Walaupun bulan ramadan telah beransur pergi, kita masih boleh melakukan ibadah puasa. Sebagai contoh berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis. Selain mendapatkan pahala, juga dapat membantu kesihatan perut. Tidak makan secara berlebihan, seterusnya dapat menyihatkan usus perut.


Solat sunat di tengah malam seperti hajat, taubat dan tahajud. Minta lah pada allah secara bersungguh-sungguh, allah tidak tidur. Malahan mustajab saat ketika berdoa di tengah malam.

 


#3. Jika stress, jiwa berkecamuk lakukan solat sunat di tengah malam.
Banyakkan meluah kepada Allah. Kerana Allah maha pendengar dan maha memakbulkan. 

 

Terlebih dahulu, di sarankan lakukan solat taubat nasuha. Agar dosa lampau di ampunkan allah swt. Seterusnya, boleh kalian teruskan dengan solat sunat yang lain seperti tahajud, hajat dan istikarah ( jika inginkan petunjuk ). 

 


#4. Jika keinginan / kerezekian tidak dapat di penuhi , tersekat :


Lakukan solat taubat. Mungkin dosa-dosa lampau adalah penghalang segalanya.

 


#5. Jika hati hitam : memiliki sifat mazmumah seperti hasad dengki, kedekut, bakhil, sombong, riak dan sebagainya :


Banyakkan bersedekah. Dengan bersedekah mampu mencuci hati yang kotor. Perbanyakkan sedekah, jadikan amalam. Sedekah paling mudah pada awal pagi iaitu selepas subuh. Di kala ini, malaikat juga turut mendoakan kalian saat bersedekah.


6. Memaafkan


Nampak berat, tapi percayalah. Jika kalian belajar memaafkan, jiwa kalian akan tenang. Maka, kuranglah tekanan yang kalian hadapi. Kedut pun berkurangan.Haha~



    Jadilah individu yang baik akhlaknya dengan melakukan kaedah yang telah saya sebutkan dalam artikel ini ya. Insyallah, pasti hidup di redhai. Rezeki pun mudah mendekati kalian selain disukai ramai orang. 

Post a Comment

Previous Post Next Post