Antara masalah utama para isteri dan surirumah untuk berbisnes ialah tidak mendapat kepercayaan serta keizinan seorang suami.Kononnya, si suami tidak mempercayai isteri berbisnes. Risau, mengalami kerugian dan tidak berhasil. Apapun, semua jenis bisnes mempunyai risiko. 

     

    Entri kali ini, saya akan berikan tips buat surirumah dan isteri yang ingin berbisnes dalam masa yang sama tidak mendapat kepercayaan sang suami. 

 

isteri nak bisnes, tapi suami tidak izin
Suami tidak izin bisnes




Tips buat Suri Rumah yang ingin berbisnes tapi tidak mendapat kepercayaan dari suami :


1. Modal 


    Jangan berharap modal dari suami. Usahakan kumpul sedikit demi sedikit untuk permulaan bisnes. Jika modal pun minta dari suami, sukar untuk suami percaya korang.

 

    Jadi, fikirkan anda nak berbisnes yang perlukan modal atau modal. Jika bisnes yang tidak memerlukan modal boleh mencuba menjadi dropship terlebih dahulu. Dan satu lagi, anda boleh bisnes dengan menggunakan kemahiran yang sedia ada.

 

    Sebagai contoh : Mahir membuat design, menjahit, menjual makanan , mahir memasak dan pandai menghias.  Jadikan kemahiran ini untuk berbisnes ya.


2. Rajin


    Mesti paksa diri jadi seorang yang rajin. Ya, kerja rumah pun kena seimbang dengan bisnes. Tapi bab rajin ni, rajin kena promosikan bisnes anda. Di semua platform social media yang anda miliki. Sebagai contoh platform Facebook, Instagram, Blog, twitter, TikTok dan LinkedIn.


    Jika sifat malas ada dalam diri, cari rakan-rakan bisnes yang positif. Dari sini, korang akan sentiasa bersemangat. Semangat sentiasa berkobar-kobar.


3. Mindset

 

    Apapun  mesti sentiasa positif. Jaga mindset, jangan ada sikit pun hal negatif dalam diri. Kerana hal-hal negatif akan menarik dalam kehidupan anda, seterusnya memang takkan nampak apa-apa kejayaan.

 

    Sebelum anda mulakan bisnes, minda perlu di bersihkan terlebih dahulu. Sentiasa fikirkan anda boleh buat.  Hanya fikirkan pelan anda berbisnes.


4. Kedekut

 

    Jangan sesekali kedekut untuk membelanjakan keluarga anda. Dalam rezeki anda, ada rezeki mereka. Selalu lah memberi. Namun, harus diingatkan keuntungan dan modal harus seiring. Walaupun anda berkata, duit anda hanya dibelanjakan untuk keperluan anda sahaja dan tidak mahu berkongsi dengan suami. Dari sini suami anda akan membuat keputusan, sama ada ingin benarkan anda berbisnes atau sebaliknya.


5. Minat

 

    Pastikan anda  berbisnes mengikut minat. Dan janganlah mengikut rakan-rakan atau orang lain. Cari dari minat anda yang boleh mendatangkan pendapatan. Jika bisnes bukan kerana minat, risau anda  akan bisnes setengah jalan. 


6. Buaya

 

    Dalam dunia bisnes, cabaran terbesar adalah 'buaya darat'. Maksudnya di sini, anda mesti pandai membawa diri sebagai orang bisnes. Tahu membezakan antara bisnes dan sebaliknya. Di harap anda  jangan melayan insan yang cuba mengambil kesempatan.

 

Jika anda melayan, 'good bye' kata suami anda. 'Dia' takkan lagi benarkan anda berbisnes.


7. Fokus


    Sila fokus kepada bisnes anda. Jangan main-main dalam bisnes. Untuk permulaan,anda mesti banyak lakukan pengorbanan seperti masa, wang ringgit dan tenaga. Yang sanggup berkorban, kejayaan pasti milik dia. 

 

Bagaimana ingin fokus dalam bisnes? 

 

Big why = kepentingan diri

Strong why = kekuatan diri [ Push factor ]

Grand Why = Allah 1st [ Zakat, sedekah, InfaQ ]


    Saya titipkan doa buat anda  yang ingin mulakan bisnes, didoakan semoga berjaya serta lancar rezeki nya. Didoakan juga, para suami di luar sana akan merestui dan redha isteri mereka berbisnes supaya dapat keluar dari zon selesa. Aamiin Ya Allah Ya Mujib. Sama-sama mencari pendapatan , sama-sama memberi dalam rumah tangga dan takkan timbul selepas ini isu 'siapa beli beras' . Ehehehe. Kan?


Post a Comment

Previous Post Next Post