Satu petang yang mendung pada hari Ahad. Saya masih berpuasa hari ke 4. Agak sibuk saya melayani karenah pelanggan yang ingin menggunakan servis menulis ghostwriter. Ada yang bertanyakan manuskrip novel, artikel dan transkrip juga.  Di samping itu, saya juga sibuk dengan menyediakan pencuci mulut yang ingin di masak untuk berbuka kelak.

 

 

anekdot yusuf dan kek
anekdot Yusuf dan kek

 

 

 
     Sibuk memang sibuk hari semalam. Mana nak balas pertanyaan pelanggan lagi dan memasak untuk berbuka. Fuh~ penat otak dan anggota badan jika begini. Otak untuk fokus kepada pertanyaan pelanggan, manakala tangan sibuk bergerak mencapai peralatan untuk membakar kek. Mujur lah kek yang saya buat itu jenis mudah sahaja. Burn Cheese Cake. Budak tadika pun boleh buat tau. Haha.. sungguh! Tengok resipi > sini



 
     Berbalik kepada pertanyaan pelanggan. Pada pagi hari lagi,  whatsapp saya sudah berbunyi notification. Prospek bertanyakan mengenai manuskrip novel. Hanya survey sahaja. Alhamdulillah, walau hanya survey saya tetap bersyukur kepada allah. Ada juga prospek menjumpai contact number saya lalu whatsapp. Saya redha, itu bukan rezeki saya. Dan sering kali saya pesan kepada diri sendiri, bahawa jangan bersangka-sangka dengan prospek andai tidak berjaya 'close deal' sekalipun. Mungkin ia tidak bersesuaian dengan saya, maka allah jauhkan seawal mungkin dari saya. 


    
     Berkat dari redha tersebut, saya menerima job menulis artikel 500 patah perkataan dan juga transkrip iaitu menukarkan video kepada teks. Alhamdulillah. Manisnya janji allah. Begitu cepat allah gantikan rezeki saya ketika itu. Satu job tidak dapat, dan berjaya masuk dua job menulis sekaligus. Allahuakbar!
 
 
     
    Setelah selesai fokus kepada pelanggan. Tangan saya kembali mengadun  kek. Sebenarnya agak lama saya tidak membuat kek. Bukan malas, tetapi mixer lama sudah rosak. Semalam saya hanya menggunakan blender yang baru di beli pada dua bulan lepas jenama Philips. Proses kek ini, bahan yang digunakan sangat mudah. Jadi, memadai lah hanya menggunakan blender sahaja.


    Setelah adunan siap, lantas saya mencurahkan adunan tersebut ke dalam dulang untuk di bakar. Menggunakan suhu 180 darjah celcius serta di bakar selama setengah jam. Kali ini, saya menggunakan Air Fryer sahaja. Aroma keju menusuk ke hidung. Allah! Menguji betul puasa saya. Dalam-dalam saya menghidu bau kek tersebut. 
 
 
    "Uuuuuuuum".. kali ini , saya mengambil 'mood' lebih panjang untuk saya menghidu . Sambil tangan saya mengibas-ngibas supaya bau dari air Fryer itu menusuk ke hidung. Cheese cake di bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit.

    " Sedap sangat bau cheese cake dalam air Fryer ni Sara." Best pula, memang dah lama mama tidak memasak kek sejak alatan kek tu rosak.

    "Mama, jangan bau lebih-lebih ya?" nanti batal pula puasa hari ini. 

 
    Dushhhh~ secara automatik nya, perbuatan saya tadi terhenti begitu sahaja. Apabila mendengar kata-kata Sara yang berusia 9 tahun.
 
 
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
 
 
    " Hmmmm.. apa lagi yer nak buat hari ini? Semalam dah pijak burn cheese cake mama".
Rasanya, ini lah dialog sesuai yang bermain di benak fikiran Yusuf. 

 
    Kisahnya, semalam saya memasak kek untuk di jadikan juadah pemanis mulut untuk berbuka puasa. Dah nak jadi orang kata, sedang saya memotong kek di lantai. Yusuf datang secara tiba-tiba kearah saya untuk duduk di ribaan. Allahuakbar! Hancur hati anak-anak lain ketika itu. 

 
    "Preikk".. bunyi kek yang di pijak . Kelihatan corak, tapak kaki saiz budak berumur satu tahun setengah dalam loyang. Yusuf dengan muka tidak bersalah seperti dalam gambar. 

    "Mama, kek kita!" Menjerit Sara apabila melihat kelakuan Yusuf sebentar tadi. 

    "Ah, sudah. Macam mana ni Sara? habis lah kek kita. Mama nak berbuka macam mana?" Soal saya bertubi-tubi kepada Sara.

    "Yusuf ni, tak kesian kat mama ke? Penat mama buat kek, lastnya tidak boleh makan pula." Marah Sara kepada Yusuf.

    Yusuf menangis sekuat hati. Dia faham telah melakukan kesalahan yang besar. 

    "Tak apa Sara. Ingat lagi tak? Kan mama ada buat dua loyang. Satu untuk kamu dan adik-adik. Manakala, satu loyang lagi untuk mama dan abah ( sambil saya membuat simbol love di tangan ). Mama sengaja buat dua loyang sebenarnya, sebab 'instinct' mama dah rasa seakan sesuatu nak berlaku". Jelas saya sambil mengendurkan suasana yang tegang saat itu.
 
 
 
 
    Alhamdulillah, dapat lah juga merasa Burn Cheese Cake Homemade ni. Hasil dari jari jemari yang selalu mengetip keyboard kini beralih pula menggodek adunan. Dua dalam satu rezeki semalam, makanan dan juga rezeki menulis. 
 
 

Post a Comment

Previous Post Next Post